Pernikahan....satu hakikat  

Posted by afk@penk

A'kum,

Semua pasti tahu apa itu nikah/pernikahan/bernikah... ianya satu kewajipan bagi sesorg yg bukan muhrim laki & perempuan untuk menjalinkan hubungan yang halal...
namun tahu kita sebab apa kita hendak bernikah...
Hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? Cuba kita
lihat…dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana nafsu, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana HARTA, maka pasangan bakal
bubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KECANTIKAN, pasangan bakal
lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana ZURIAT, maka pasangan akan
cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak
dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan
lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana CINTA, hati manusia itu tidak
tetap dan mudah terpikat pada hal-hal
yang lebih baik, lagi pula manusia.
Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana IBADAH kepadaALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH
mencintai hambaNYA melebihi seorang
ibu mencintai bayinya. Maka tak
ada alasan apapun didunia yang dapat
meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.

renung-renungkan dan selamat beramal...

(resources from www.tentangcinta.com)



This entry was posted on Friday, March 26, 2010 at 10:58 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment