Lagenda Budak Setan .. the Movie  

Posted by afk@penk



yaa...antara cerita yang dinantikan selama ini akan muncul...ingat lagi kisah novel Aku Budak Setan , Lagenda Budak Setan...
Filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, nama baru yang kami jangka bakal naik selepas ini, di’bintangi oleh nama-nama muda yang besar seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Fazura, Que Haidar, Raja Farah & ramai lagi... yg bakal ditayang kan pada 3 JUNE 2010... pasti gegar..

Memang aku nnt kan filem nie...bayangkan dari kecik aku dok baca novel dia ulang2 byk kali..dari budak setan, budak setan 2 hingga ke lagenda budak setan..semua aku baca...sbb makcik aku ade simpan novel tu...
setiap kali baca, xpernah lak aku rs jemu...
aku rasa inilah satunye kisah novel yg aku baca...yg aku hayati...

kenapa laa aku xtau ade casting cr pelakon cite..ni...mmg aku minat sgt..(perasan hensem)..haha

Sinopsis Lagenda Budak Setan:

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

This entry was posted on Tuesday, April 13, 2010 at 3:25 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment